Sunday, 13 December 2015

PUTUS

Mereka tanya, apakah rasa apabila kau terputus hubungan dengan manusia yang kau pernah sayang hingga tidak ingat dunia....

Jawapanku mudah sahaja....
Kau akan rasa bagai wujud satu lubang pada dada kau dan ketika itu kau rasa tersangat hiba sehingga kau rasakan dada kau seperti tidak berfungsi.
Ketika itu juga kau rasa seolah- olah segala harapan dan impian kau bersama dia , terjatuh dari langit  dan seterusnya menghentak-hentak kepala kau berulang kali tanpa belas kasihan.
Sakitnya itu terlampau sakit, sehingga air mata kau seperti bocor  dan tidak mengalah daripada mengeluarkan air.Ya, sakitnya itu ibarat seperti yang digambarkan.kerna itu apabila kau lihat manusia yang pernah merasa putus, dirinya lebih tegas .Lebih berhati-hati .Lebih tidak suka menyatakan sayang secepatnya.

Mungkin kerana  mereka serik dan tahu sakitnya putus.....
MUNGKIN

assalamualaikum..........
 
 

CINTA

Cinta itu ditanya aku,adalah satu perjuangan , dan apabila nasib tidak menyebelahi kita, dia boleh bertukar menjadi pengorbanan

Cinta itu memang bersifat memiliki,Jika kau sudah jatuh cinta dia,kau pasti mahu memiliki dia, kau pasti mahu berkongsi hidup dengan dia...

Cumanya, kadang- kadang cinta itu bersifat melepaskan,Kau terlampau cintakan dia, sehingga kau sentiasa mahu dia bahagia, walau bahagia dia itu tidak wujud kehadiranmu...

Ya,cinta itu boleh jadi dua.Satu,membahagiakan.Dua, melukakan.Cuma kau perlu percaya pada satu hal ,
Ada satu cinta yang sentiasa membahagiakan yakni cinta pada yang menjadikan perasaan cinta....

Jika cinta itu kau miliki,nescaya kau akan peroleh segala cinta yang wujud di atas muka bumi ini.

CINTALAH Tuhan......
Dialah yang SELAYAKNYA................


assalamualaikum : )

Friday, 11 December 2015

Hidup Yang Sementara

Assalamualaikum..
Dengan kasihan Allah S.W.T. kepada hambaNya, kadang-kadang ALLAH S.W.T bagi kepada hambaNya satu amalan yang kecil tetapi ganjarannya di sisi Allah sangat besar.

Pada coretan kali ini,saya ingin tentang kehidupan kita di dunia hanyalah sementara....

SERING kali kita lupa akan hakikat kita diciptakan. Kita diciptakan bukan semata-mata untuk memperkaya diri, atau meninggikan jabatan, juga bukan untuk mengejar cinta manusia. Allah Ta’ala lah tujuan hidup yang sebenarnya. Kita diperintahkan hanya untuk beribadah kepada-Nya, bukan yang lain.“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)Tapi, kebanyakan dari kita malah senantiasa melupakan-Nya, lebih mengutamakan dunia dan pernak-pernik yang berada di dalamnya. Waktu yang diberikan oleh-Nya, hanya habis dipakai untuk mengejar dunia, hanya sedikit waktu yang kita punya untuk bermesraan dengan-Nya.Astagfirullah….Dunia diibaratkan lautan, semakin kita meminum airnya, maka akan semakin haus lah tenggorokan. Begitulah, ketika dunia yang dikejar, kita tak akan pernah puas untuk terus memburunya.Kenikmatan dan keindahan yang ditawarkannya, terasa amat menyenangkan. Sehingga, kita lupa dan lalai akan kewajiban kepada Sang Khalik. Tak sedikit dari kita yang lebih memilih terus melakukan pekerjaan dikala adzan sudah berkumandang.Tak jarang, kita menunda solat kerana lelah yang menjadi alasan. Ya, kita merasa lelah saat dihadapkan dengan kewajiban beribadah kepada-Nya. Namun, kita jarang sekali merasa lelah, ketika kita sedang asik “berlari” mengejar dunia.Benarlah, seperti syair yang dilantunkan oleh grup nasyid Hijjaz :Begitu indah duniaSiapapun kan tergodaHarta, pangkat, dan wanitaMelemahkan jiwaTanpa iman dalam hatiKita kan di kuasaiSyetan nafsu dalam diriMusuh yang tersembunyiDunia begitu mempesona, menyihir mata, telinga, bahkan hati dan jiwa. Godaan harta, jabatan, juga rasa cinta, dapat menjatuhkan kita ke dalam jurang kebinasaan. Banyak yang mengejar harta, sampai lupa kepada Sang Pencipta. Tak sedikit yang mengejar jabatan, akhirnya masuk dalam perangkap setan. Dan, sudah tak terhitung, berapa jumlahnya orang yang binasa lantaran cinta yang berlebih terhadap manusia.Pahamilah, dunia yang kita tinggali ini hanyalah tempat sementara. Kita hanya diberikan waktu yang sebentar hidup di dunia ini. Dunia yang kita tempati ini, layaknya tempat bercucuk tanam. Kelak, kita sendiri yang akan merasa hasilnya di akhirat. Maka, perbaiki dan perbanyaklah amal kebajikkan. Semoga, kelak di hari akhir, kita termasuk orang yang beruntung.Dunia ini hanya sementara, manfaatkanlah keberadaan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai menyesal nantinya. Jangan sampai, gara-gara mengejar dunia, kita justru di jauhi oleh-Nya. Dunia ini hanyalah jambatan, yang kelak mengantarkan kita pada tempat tinggal yang sebenarnya. Sadarilah, kemewahan, kejayaan, dan hal lain yang kita agungkan selama hidup di dunia, kelak tak akan memberikan manfaat di hari pembalasan. Bisa jadi, itu semua justru aka memberatkan amal keburukan kita. Naudzubillah. . ..“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (QS Al-An’aam ayat 32). []

Thursday, 10 December 2015

BERSYUKURLAH....

Saudaraku...
     Saya membuat coretan ini untuk mensyukuri betapa beruntungnya saya pada saat ini.

Saudaraku,jika selama ini kau berfikir kau tidak merasakan bahagia,Bagaimana dengan mereka yang lain...mereka yang berada di Gaza, Syria dan Burma.

Saudaraku,kau berfikir gaji mu kecil...Bagaimana dengan mereka yang langsung tidak mempunyai kerja,yang menjadi pengemis.

Saudaraku,ketika kau mengeluh tentang tidak pernah makan makanan yang enak...Bagaimana dengan mereka yang tidak tahu hari ini mereka makan atau tidak.



Saudaraku,kau merasa orang tuamu tidak memerhatikan dan menyayangimu....sebenarnya kau lebih beruntung daripada mereka yang diseksa oleh ibu bapa mereka sendiri.

Saudaraku,kau kecewa tidak mampu untuk membeli dan memakai pakaian yang mewah dan mahal......Bagaimana dengan mereka yang mempunyai satu pakaian sahaja yang tidak berganti
.


Saudaraku,kita mulai hari kita dengan sarapan dan minum....mereka memulakan hari mereka dengan kelaparan dan kehausan.

Bersyukurlah engkau masih mempunyai katil dan selimut untuk tidur setiap malammu...mereka hanya beralaskan tanah dan berselimut dengan kedinginan malam sahaja.

Saudaraku,
Lihatlah sekeliling kita dan bersyukurlah atas apa yang kita miliki di dunia ini sebentar...kita tidak boleh menangis diatas sesuatu yang kita tidak memiliki.Akan ada selalu cara untuk kita bahagia.Salah satunya kita melihat ke bawah kita dan mensyukuri apa yang kita ada sekarang

Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara,jika ia berjalan dengan baik,NIKMATILAH!Ia tidak akan kekal lama.Jika ia berjalan dengan teruk,USAH SEDIH!!
Ia juga tidak akan kekal lama.

itu sahaja coretan kali ini.Bersyukurlah dengan apa yang ada.Berkongsilah sekiranya ada yang lebih.Perbanyakkanlah sedekah agar segala nikmat akan dilimpahkan.....Assalamualaikum

Wednesday, 9 December 2015

Mengapa Allah Menciptakan Kita Untuk UJIAN?

"Mengapa aku diuji?"
"Buat apa Allah menciptakan aku sekadar untuk menguji?"

kehidupan adalah ujian.Kita biasa mendengar ungkapan ini.Ujian hanya terhenti ketika kita mati,dan kita hanya akan menggapai kebahgiaan apabila kita dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi.

Sekiranya kita hidup sekadar untuk diuji,Buat apa Allah menciptakan kita??

Jawapannya Allah memberi kita ujian untuk memberi kita peluang untuk masuk ke syurga.Hal ini dikatakan kerana,dengan hadirnya ujian dalam hidup kita boleh  mendekatkan diri kita dengan Allah dan kita akan sedar kesilalapan yang kita telah buat dan perlu diperbaiki dengan segera melalui taubat nasuha.

Apabila kita berdosa,ALLAH memeberikan peluang untuk kita bertaubat.Bahkan,Allah  menguar-uarkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 222 bahawa Dia amat mencintai orang yang sering bertaubat.

Di saat kita rasa susah ketika menghadapi ujian.Rasa give up dengan ujian yang menimpa.INGATLAH!!Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan apa yang termampu.
Itu janji Allah dan sesungguhnya Allah tidak pernah berdusta.Di sini kita dapat ambil pengajaran bahawa setiap ujian yang menimpa kita pasti kita mampu untuk menepuhinya cuma kita je yang yakin tidak yakin dengan kemapuan diri sendiri.

Akhir kata,hidup ini sekadar medan ujian,untuk kita memilih sebenarnya.Mahu mengejar syurga ataupun kita mahu ke neraka.Jadi pilih lah yang terbaik agar kita dapat kebahgiaan dunia dan akhirat

itu sahaja untuk coretan kali ini,moga memberi pengajaran untuk diri saya dan saudara yang lain
sekian,Assalamualaikum.

Tuesday, 8 December 2015

ApA ItU CrUsH????

Apa itu crush??
Apakah crush ini satu kesalahan?

Sebelum itu,kita kena tanya diri kita sendiri dulu apa yang kita faham tentang crush.Kebiasaanya kita beranggapan bahawa crush ni kita minat artis macam Nora Danish,Jep.Kalau artis luar negara pulak kita minat One Direction, Zayn malik!!Selepas itu,minat kawan satu kuliah lah,minat jiran sebelah lah dan banyak lagi kefahaman yang lain tentang crush ini.
Pada kefahaman saya crush bermaksud satu perasaan suka yang berlebihan kepada seseorang individu.Crush ini melibatkan perasaan.Perasaan suka pada seseorang merupakan fitrah manusia.Sama seperti makan,tidur,sedih itu semua fitrah manusia iaitu sifat semula jadi manusia yang normal.Jadi salahkah kita minat pada seseorang?Jawapannya tidak salah kerana perasaan cinta pada seseorang hadir dalam hati kita tanpa kita sedari.Oleh sebab itu,kita tidak boleh marah atau benci orang yang minat pada kita dan kita tidak boleh paksa orang minat kepada kita.
Apa yang tidak betul ialah  kita suka pada seseorang tapi secara berlebihan sehingga kita melebihkan cinta kita daripada Allah,Rasul dan ibu bapa kita dan mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Sebab kebiasaanya contoh kalau suka yang berlebihan buat kita:
  • Sentiasa update info mengenai si 'dia' lebih daripada update pasal saudara kita dia Gaza,Syria.
  • Sentiasa ingin melihat dan mendengar apa2 sahaja berkaitan si 'dia' daripada ayat Al-Quran.
  • Sanggup lakukan apa sahaja untuk si 'dia' lebih daripada agama.

 Jadi apakah hukumnya?
Hukumnya adalah haram!!Kenapa haram??
Perasaan suka yang berlebihan menyebabkan kita sering teringat-ingat,tersebut-sebut mengenai si 'dia'.Menyebabkan berlakunya ZINA HATI.Zina hati hukumnya adalah haram.
Contohnya : kita terbayang kita berjalan tangan dengan si 'dia' berpegang tangan sedangkan hukum pegang tangan bukan mahram hukumnya haram.Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kita memikirkan perkara yang ada pada asalnya haram dalam realiti,maka hukumnya adalah zina hati.
Apa yang saya kongsikan pada coretan kali ini merupakan pengajaran untuk diri saya sendiri juga dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.Selagi ada masa untuk kita maka bertaubatlah dan berubah lah ke arah kebaikan.Tidak salah untuk bercinta tetapi dahulukan apa yang patut didahulukan,kukuhkan cinta kita kepada Yang Maha Esa kerana cinta kan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati tetapi cinta akan ALLAH kekal abadi.
Islam ada mengajar kita cara untuk bercinta maka ikutlah CINTA HALAL jauhi CINTA HARAM kerana yang halal itu memberi ketenangan kepada kita dunia dan akhirat

Sekian untuk kali ini,Assalamualaikum...nantikan coretan seterusnya!!!

Tuesday, 24 November 2015

Coretan pertama

Assalamualaikum...
          Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pngikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Tajuk pada kali ini ialah coretan pertama kerana ini merupakan penulisan saya yang pertama.Oleh itu, untuk penulisan yg pertama ini saya ingin kenalkan diri saya supaya wujudnya hubungan silaturahim  di antara kita.

Haiii nama saya Muhammad Ehsannuddin bin Nor Din,berasal dari kelantan dan dilahirkan pada 25 Ogos 1997 pada pukul 10.00 pagi.So,this is my family..saya yang kelima daripada enam orang adik beradik. jadi mungkin cukup setakat ini sahaja kalau nak tahu lebih mendalam kita jumpa face to face.



Blog ini dinamakan This is life kerana saya ingin kongsikan seberapa banyak kisah,nasihat dan nukilan saya sendiri supaya boleh memberi pengajaran kepada saya dan pembaca untuk mengharungi kehidupan di dunia.Mungkin setakat ini sahaja coretan untuk kali ini.Nantikan untuk coretan yang seterusnya.................