Wednesday, 9 December 2015

Mengapa Allah Menciptakan Kita Untuk UJIAN?

"Mengapa aku diuji?"
"Buat apa Allah menciptakan aku sekadar untuk menguji?"

kehidupan adalah ujian.Kita biasa mendengar ungkapan ini.Ujian hanya terhenti ketika kita mati,dan kita hanya akan menggapai kebahgiaan apabila kita dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi.

Sekiranya kita hidup sekadar untuk diuji,Buat apa Allah menciptakan kita??

Jawapannya Allah memberi kita ujian untuk memberi kita peluang untuk masuk ke syurga.Hal ini dikatakan kerana,dengan hadirnya ujian dalam hidup kita boleh  mendekatkan diri kita dengan Allah dan kita akan sedar kesilalapan yang kita telah buat dan perlu diperbaiki dengan segera melalui taubat nasuha.

Apabila kita berdosa,ALLAH memeberikan peluang untuk kita bertaubat.Bahkan,Allah  menguar-uarkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 222 bahawa Dia amat mencintai orang yang sering bertaubat.

Di saat kita rasa susah ketika menghadapi ujian.Rasa give up dengan ujian yang menimpa.INGATLAH!!Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan apa yang termampu.
Itu janji Allah dan sesungguhnya Allah tidak pernah berdusta.Di sini kita dapat ambil pengajaran bahawa setiap ujian yang menimpa kita pasti kita mampu untuk menepuhinya cuma kita je yang yakin tidak yakin dengan kemapuan diri sendiri.

Akhir kata,hidup ini sekadar medan ujian,untuk kita memilih sebenarnya.Mahu mengejar syurga ataupun kita mahu ke neraka.Jadi pilih lah yang terbaik agar kita dapat kebahgiaan dunia dan akhirat

itu sahaja untuk coretan kali ini,moga memberi pengajaran untuk diri saya dan saudara yang lain
sekian,Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment