Sunday, 13 December 2015

PUTUS

Mereka tanya, apakah rasa apabila kau terputus hubungan dengan manusia yang kau pernah sayang hingga tidak ingat dunia....

Jawapanku mudah sahaja....
Kau akan rasa bagai wujud satu lubang pada dada kau dan ketika itu kau rasa tersangat hiba sehingga kau rasakan dada kau seperti tidak berfungsi.
Ketika itu juga kau rasa seolah- olah segala harapan dan impian kau bersama dia , terjatuh dari langit  dan seterusnya menghentak-hentak kepala kau berulang kali tanpa belas kasihan.
Sakitnya itu terlampau sakit, sehingga air mata kau seperti bocor  dan tidak mengalah daripada mengeluarkan air.Ya, sakitnya itu ibarat seperti yang digambarkan.kerna itu apabila kau lihat manusia yang pernah merasa putus, dirinya lebih tegas .Lebih berhati-hati .Lebih tidak suka menyatakan sayang secepatnya.

Mungkin kerana  mereka serik dan tahu sakitnya putus.....
MUNGKIN

assalamualaikum..........
 
 

No comments:

Post a Comment