Saya membuat coretan ini untuk mensyukuri betapa beruntungnya saya pada saat ini.
Saudaraku,jika selama ini kau berfikir kau tidak merasakan bahagia,Bagaimana dengan mereka yang lain...mereka yang berada di Gaza, Syria dan Burma.

Saudaraku,ketika kau mengeluh tentang tidak pernah makan makanan yang enak...Bagaimana dengan mereka yang tidak tahu hari ini mereka makan atau tidak.
Saudaraku,kau merasa orang tuamu tidak memerhatikan dan menyayangimu....sebenarnya kau lebih beruntung daripada mereka yang diseksa oleh ibu bapa mereka sendiri.
Saudaraku,kau kecewa tidak mampu untuk membeli dan memakai pakaian yang mewah dan mahal......Bagaimana dengan mereka yang mempunyai satu pakaian sahaja yang tidak berganti
.

Saudaraku,kita mulai hari kita dengan sarapan dan minum....mereka memulakan hari mereka dengan kelaparan dan kehausan.
Bersyukurlah engkau masih mempunyai katil dan selimut untuk tidur setiap malammu...mereka hanya beralaskan tanah dan berselimut dengan kedinginan malam sahaja.
Saudaraku,
Lihatlah sekeliling kita dan bersyukurlah atas apa yang kita miliki di dunia ini sebentar...kita tidak boleh menangis diatas sesuatu yang kita tidak memiliki.Akan ada selalu cara untuk kita bahagia.Salah satunya kita melihat ke bawah kita dan mensyukuri apa yang kita ada sekarang
Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara,jika ia berjalan dengan baik,NIKMATILAH!Ia tidak akan kekal lama.Jika ia berjalan dengan teruk,USAH SEDIH!!
Ia juga tidak akan kekal lama.
itu sahaja coretan kali ini.Bersyukurlah dengan apa yang ada.Berkongsilah sekiranya ada yang lebih.Perbanyakkanlah sedekah agar segala nikmat akan dilimpahkan.....Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment