Tuesday 8 December 2015

ApA ItU CrUsH????

Apa itu crush??
Apakah crush ini satu kesalahan?

Sebelum itu,kita kena tanya diri kita sendiri dulu apa yang kita faham tentang crush.Kebiasaanya kita beranggapan bahawa crush ni kita minat artis macam Nora Danish,Jep.Kalau artis luar negara pulak kita minat One Direction, Zayn malik!!Selepas itu,minat kawan satu kuliah lah,minat jiran sebelah lah dan banyak lagi kefahaman yang lain tentang crush ini.
Pada kefahaman saya crush bermaksud satu perasaan suka yang berlebihan kepada seseorang individu.Crush ini melibatkan perasaan.Perasaan suka pada seseorang merupakan fitrah manusia.Sama seperti makan,tidur,sedih itu semua fitrah manusia iaitu sifat semula jadi manusia yang normal.Jadi salahkah kita minat pada seseorang?Jawapannya tidak salah kerana perasaan cinta pada seseorang hadir dalam hati kita tanpa kita sedari.Oleh sebab itu,kita tidak boleh marah atau benci orang yang minat pada kita dan kita tidak boleh paksa orang minat kepada kita.
Apa yang tidak betul ialah  kita suka pada seseorang tapi secara berlebihan sehingga kita melebihkan cinta kita daripada Allah,Rasul dan ibu bapa kita dan mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Sebab kebiasaanya contoh kalau suka yang berlebihan buat kita:
  • Sentiasa update info mengenai si 'dia' lebih daripada update pasal saudara kita dia Gaza,Syria.
  • Sentiasa ingin melihat dan mendengar apa2 sahaja berkaitan si 'dia' daripada ayat Al-Quran.
  • Sanggup lakukan apa sahaja untuk si 'dia' lebih daripada agama.

 Jadi apakah hukumnya?
Hukumnya adalah haram!!Kenapa haram??
Perasaan suka yang berlebihan menyebabkan kita sering teringat-ingat,tersebut-sebut mengenai si 'dia'.Menyebabkan berlakunya ZINA HATI.Zina hati hukumnya adalah haram.
Contohnya : kita terbayang kita berjalan tangan dengan si 'dia' berpegang tangan sedangkan hukum pegang tangan bukan mahram hukumnya haram.Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kita memikirkan perkara yang ada pada asalnya haram dalam realiti,maka hukumnya adalah zina hati.
Apa yang saya kongsikan pada coretan kali ini merupakan pengajaran untuk diri saya sendiri juga dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.Selagi ada masa untuk kita maka bertaubatlah dan berubah lah ke arah kebaikan.Tidak salah untuk bercinta tetapi dahulukan apa yang patut didahulukan,kukuhkan cinta kita kepada Yang Maha Esa kerana cinta kan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati tetapi cinta akan ALLAH kekal abadi.
Islam ada mengajar kita cara untuk bercinta maka ikutlah CINTA HALAL jauhi CINTA HARAM kerana yang halal itu memberi ketenangan kepada kita dunia dan akhirat

Sekian untuk kali ini,Assalamualaikum...nantikan coretan seterusnya!!!

1 comment: